Thursday 1 August 2013

Bimbang. .

   Takut dan bimbang andai orang yang saya sayang+percaya mula jemu dengan diri ini. Mungkin mereka tak pernah mengungkapkan rasa jemu itu,tapi mungkin pernah terdetik di hati mereka tengtang rasa itu terhadap diriku. Maafkan saya,saya bukan manusia yang sempurna tetapi saya masih mencuba menjadi sempurna dimata mereka.

    Berkali-kali mereka mengingatkan saya agar percaya akan mereka,tetapi saya lebih berhati-hati dengan mengambil langkah berjaga-jaga,jangan mudah percaya dengan ungkapan manusia. Bukan apa,bimbang hati ini terluka,bimbang andai hati ini tidak kuat menghadapi "kenyataan" bahawa lafaz mu hanya dusta semata-mata. 
   
    Saya tak dapat nak baca apa yang tersisip dihati mu,tak mahu diri menjadi terlalu mudah perasan, diri ini terlalu penting dan berada di hati mereka. Bimbang andai fikiran ini hanya berlandaskan permainan semata-mata. Maaf,saya tidak seperti yang kamu sangkakan. Kuat di luar,tapi dalaman ku teramat rapuh..maafkan diri ini..

    Maaf,tak mampu memberi kepercayaan.. tapi yakinlah,sayang,kasih,rindu semua saya dah bagi kepada mereka sampai terlupa untuk diri! =') sungguh!


Fi Hifzillah! <3